Perlindungan Ekologi Tetap Keutamaan China

2020-04-25 12:27:18  CRI
Share with:

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan, pembangunan tamadun ekologi sentiasa menjadi tumpuan dalam tinjauan Presiden Xi Jinping di dalam negeri.

Ketika meninjau ke provinsi Shaanxi baru-baru ini, kawasan perlindungan alam Niubeiliang di Banjaran Qinling menjadi destinasi pertama bagi tinjauan beliau.

Banjaran Qinling dikenali sebagai salah sebuah kawasan yang penting dalam sistem ekologi China. Walau bagaimanapun persekitaran di banjaran itu terjejas ekoran pembinaan banglo secara haram. Presiden Xi amat menumpukan perhatian terhadap masalah itu dan sebanyak enam kali bertanya tentang perkembangannya. Sehingga penghujung 2018, lebih 1,100 buah banglo yang dibina tanpa izin telah dirobohkan. Pegawai-pegawai yang terbabit turut dikenakan tindakan yang sewajarkan. Menurut media massa, kes ini dianggap isyarat penting tentang kesungguhan kerajaan untuk melindungi ekologi alam sekitar dan mengenakan tindakan ke atas pegawai yang bersalah.

Presiden Xi dalam rangka tinjauan kali ini sekali lagi mengingatkan para pegawai kerajaan di pelbagai peringkat agar mengelak daripada membuat kesalahan seumpama. Ini mencerminkan perhatian tinggi yang diberikan beliau terhadap perlindungan ekologi alam sekitar.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan, pembangunan dalam lima aspek, iaitu ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan tamadun ekologi, diberi keutamaan dan harus dipergiat secara terselaras.
Pada masa ini, penularan pandemik COVID-19 membawa cabaran besar kepada pembangunan sosioekonomi China. Walau bagaimanapun, Presiden Xi sekali lagi menegaskan kesignifikanan perlindungan ekologi di samping pembasmian kemiskinan dipertingkat. Walau apa jua kesukaran dihadapi China, negara ini tetap akan mengekalkan dasar pembangunan hijau.

曹捷