AS “Negara yang Gagal”

2020-04-26 13:33:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500027_1_9500027_1_1_7fafeb21-7d73-483a-be51-d2049fe071b7

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500027_1_9500027_1_1_43f81b07-2f64-4ce5-ba7c-6dc166524ab2

The Atlantic Monthly Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyiarkan rencana oleh pengarang khas, George Packer yang berjudul “kita hidup di sebuah negara yang gagal” (We Are Living in a Failed State). beliau mendakwa bahawa AS yang berdepan banyak masalah yang wujud sejak sekian lama, kini dalam pemecahbelahan akibat pemerebakan wabak COVID-19 pada masa ini.

Pengarang itu mengkritik tindakan lambat Washington semasa menghadapi penularan wabak dan mensia-siakan tempoh selama dua bulan untuk membuat persiapan bagi membendung wabak.

Ketika berdepan dengan malapetaka umpama ini, pemimpin-pemimpin AS tidak mempedulikan masalah yang ada, sebaliknya sibuk menyalahkan orang lain dan mengheboh-hebohkan kenyataan yang tidak berasas dan tidak benar.

George Packer dalam artikelnya menyatakan, lapisan politik yang makan suap, sistem birokrat yang kaku serta sistem ekonomi yang tidak berperikemanusiaan dianggap punca utama yang mengakibatkan kegagalan masyarakat AS. Manakala, pandemic kali ini juga menjadikan rakyat negara itu menyedari betapa teruknya amalan salah yang ada dalam lapisan sosial sejak sekian lama.

 

曹捷