Rakyat, Kunci Menang Lawan Wabak

2020-04-27 11:02:36  CRI
Share with:

Usaha rakyat China dalam melawan COVID-19 mencapai kejayaan besar apabila semua pesakit wabak berkenaan di bandar Wuhan dibenarkan keluar dari hospital pada 26 April.

Antaranya, kira-kira 70% daripada lebih 2,500 pesakit yang berusia 80 tahun ke atas telah sembuh, dan pesakit yang paling tua berumur 108 tahun.

Bagaimana China mampu membendung penularan wabak tersebut dengan begitu berkesan, jawapannya mudah sahaja iaitu segalanya dilakukan demi rakyat dan dengan bergantung pada rakyat.

Sejak awal lagi, Presiden Xi Jinping menyifatkan usaha membanteras wabak COVID-19 sebagai “perjuangan rakyat” dan menganggap rakyat sebagai pahlawan sebenar. Solidariti serta semangat bersedia menyumbang dan berkorban disemarakkan sepenuhnya oleh mereka yang berjuang secara bertungkus lumus di dua medan utama, iaitu hospital dan kawasan komuniti.

Dua buah hospital khas telah ditubuhkan di Wuhan dalam masa belasan hari sahaja, sementera banyak lokasi dikhususkan untuk menerima pesakit yang mempunyai simptom ringan. Lebih 40 ribu anggota perubatan dari seluruh negara telah dikerah ke Wuhan untuk menyelamatkan nyawa.

Di samping itu, pelbagai langkah ketat telah diperkenalkan di serata tempat untuk mengesan kes positif dengan lebih awal dan mengkuarantin mereka yang mempunyai kontak rapat. Penjarakan sosial turut diutamakan.

Inisiatif pencegahan dan kawalan wabak yang dianggap paling berani, fleksibel dan proaktif dalam sejarah dilaksanakan dengan jaya di China melalui kesungguhan seluruh masyarakat, sehingga menyumbang kepada kejayaan dalam “perjuangan rakyat” tersebut.

Selepas berlalunya masa yang getir, usaha memulihkan pengeluaran dan kehidupan masyarakat kini dipercepat. China yakin mampu merealisasikan matlamat pembangunan untuk membina masyarakat kaya secara menyeluruh pada tahun ini.

 

 

 

 

张哲