COVID-19: Kecekapan Bawa Kemenangan

2020-04-28 11:49:27  CRI
Share with:

Pengerusi Yayasan Kuhn Amerika Syarikat (AS), Robert Lawrence Kuhn sentiasa yakin bahawa China mampu mengatasi wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Ketika ditemu ramah media China, Kuhn menjelaskan bahawa pencapaian China dalam melawan COVID-19 adalah berkat komitmen dan kecekapan kerajaan serta kesanggupannya untuk mengubah dan membaiki diri. Sudah pasti bimbingan Parti Komunis China (PKC) serta sistem politiknya telah banyak menyumbang kepada kejayaan menangani wabak berkenaan secara lebih berkesan, efisien dan pantas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pandemik itu sebagai “krisis global yang paling mencabar sejak Perang Dunia Kedua”. Walaupun begitu, China berjaya menangkis tempias daripada penularan wabak sekali gus menjamin keselamatan nyawa rakyat terutamanya di Wuhan. Huraian Kuhn tentang kemampuan China menewaskan wabak akan memberi motivasi kepada masyarakat antarabangsa untuk meneliti fungsi sistem China secara objektif.

Seperti yang dihuraikan sarjana dan pemerhati, keberkesanan bimbingan PKC menjadi penyebab utama kemenangan China mengalahkan wabak. Saat berhadapan cabaran getir, parti pemerintah tersebut sekali lagi mempamerkan tanggungjawab yang digalas dalam memelihara kepentingan rakyat.

Sepanjang perjuangan memerangi wabak, kehadiran Presiden Xi Jinping ke beberapa tempat dalam negeri termasuk di Beijing dan Wuhan serta Zhejiang dan Shaanxi memperlihatkan konsep pentadbirannya yang bersandarkan pada rakyat, di samping menunjukkan keupayaan negara ini dalam menghapuskan wabak. Tatkala ditimpa krisis, PKC dan kerajaan China membuktikan merekalah penjaga kepentingan rakyat.

 

张哲