Taktik Parti Republikan, Skrip Komedi

2020-04-28 14:14:08  CRI
Share with:

“Jika ditanya mengenai virus, tujukan selaran ke arah China”. Begitulah bunyi memo edaran jawatankuasa senat Parti Republikan AS, yang tidak ubah seperti satu farsa semata-mata.

Memo yang didedahkan laman sesawang Politico baru-baru ini mencadangkan calon-calon parti itu terus menyalahkan China sekiranya ditanya sama ada pemimpin AS perlu bertanggungjawab atas penularan wabak COVID-19 yang semakin menjadi-jadi di dalam negeri.

Seandainya bertindak mengikut arahan “skrip komedi” yang ditulis demi perhitungan politik tanpa mempedulikan fakta, pastilah pelakonnya ditertawakan masyarakat antarabangsa.

Pada hakikatnya, ada atau tidak krisis wabak, sesetengah politikus Washington tetap akan mencari jalan untuk menimpakan tuduhan kepada China kerana sasaran jangka panjang mereka adalah untuk mengekang pembangunan negara ini.

张哲