Pakar China, Thailand Kongsi Pengalaman

2020-04-28 12:57:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_9fdebd74-4549-4b29-8713-2ca8140d5abd

Pakar perubatan China dan Thailand telah bermesyuarat secara atas talian baru-baru ini, bagi berkongsi pengalaman melawan wabak COVID-19.

Pakar China yang menyertai sesi interaksi itu sebelum ini terlibat dalam rawatan pesakit COVID-19 di provinsi Hubei dan telah menghimpun banyak pengalaman dalam aspek klinikal. Kumpulan pakar Thailand pula dilantik sendiri oleh Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, terdiri daripada tujuh ahli yang berpengkhususan dalam bidang penyakit berjangkit, pernafasan, pediatrik, pembedahan dan jagaan kritikal.

Pihak Thailand menyifatkan pengalaman yang dikongsi pakar China sebagai amat signifikan bagi membimbing usaha membanteras COVID-19 di negara itu, khususnya mengelakkan jangkitan di kalangan anggota perubatan.

Mereka juga berpendapat bahawa virus COVID-19 mustahil terhasil dari makmal jika merujuk kepada jenis gennya. Virus itu dipercayai berasal dari alam semula jadi.  
 

张哲