Empat Kesalahan Mike Pompeo

2020-04-29 11:13:54  CRI
Share with:

Dalam sejarah AS, tiada Setiausaha Negara seperti Mike Pompeo yang membawa taktik “berbohong, menipu dan mencuri” sewaktu berkhidmat di Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum ini ke dalam usaha diplomasi.

Semenjak tercetusnya wabak COVID-19, kelakuannya semakin menjadi-jadi sehingga boleh dikatakan telah melampaui garis batas prinsip moral. Kesalahannya dapat dilihat dengan sangat jelas, terutamanya dari empat aspek.

Pompeolah yang melobi pembekuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tindakan yang teruk menjejaskan usaha membanteras wabak di dunia khususnya di negara-negara yang mundur.

Untuk menyembunyikan kelalaian Washington menangani wabak, diplomat kanan itu bertindak mengambinghitamkan China dan sengaja menghasut kebencian.

Penularan COVID-19 sudah cukup dahsyat, namun kerajaan AS terus mengenakan “sekatan ekstrem” terhadap Iran, Cuba dan negara-negara lain di bawah desakan Pompeo. Tindakan tersebut telah mengundang suatu bencana kemanusiaan yang lebih buruk.

Lebih teruk lagi, Pompeo asyik mengejar laba politik semata-mata tanpa menghiraukan situasi wabak dalam negeri dan keselamatan nyawa rakyat negara sendiri.

Ternyatalah apa yang dilakukan Mike Pompeo bukan sahaja mengecewakan rakyat AS dan menconteng arang ke muka negaranya, tetapi juga menjejaskan usaha sama global dalam melawan pandemik.

 

董筱娉