Sinergi Janjikan Kemenangan Muktamad

2020-04-29 12:37:24  CRI
Share with:

 

 

Berkat keberkesanan bimbingan Presiden Xi Jinping serta keterlibatan segenap lapisan masyarakat dengan iltizam yang tinggi, usaha membendung penularan COVID-19 dalam negeri menyaksikan kemajuan yang memberangsangkan.

 

Apabila dihubungi 20 orang ketua negara dan pemimpin organisasi antarabangsa, Presiden Xi sentiasa menekankan pentingnya komuniti berkongsi nasib sesama insan, serta solidariti dan kerjasama sebagai senjata terbaik untuk melawan wabak. Terutamanya semasa sidang kemuncak khas Kumpulan 20 (G20) berkaitan COVID-19 secara maya pada hujung Mac, beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya membina semula keyakinan dan menyelaraskan tindakan dalam perjuangan memerangi pandemik itu.

 

Berasaskan prinsip terbuka, telus dan bertanggungjawab, China memaparkan kepantasannya mengatasi wabak berkenaan di depan mata dunia menerusi pelbagai pendekatan, termasuklah melaporkan segera situasi wabak kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkongsi urutan gen koronavirus dan bekerjasama dengan pakar antarabangsa. Tatkala risiko penularan makin meningkat di peringkat global sejak awal Mac, China sentiasa menyalurkan bantuan seboleh mungkin kepada negara-negara yang memerlukan, baik berupa bahan-bahan perubatan ataupun pengalaman merawat pesakit.

 

Virus tidak berbatas, dan wabak tidak mengira bangsa. Sinergi dan perpaduan membawa sinar harapan baharu untuk umat manusia mengatasi krisis ini dan terus mengorak langkah ke hadapan.

 

董筱娉