China Bantu Sabah Lawan Wabak

2020-04-30 11:27:53  CRI
Share with:

Kumpulan pakar yang dihantar kerajaan China ke Malaysia berkongsi pengalaman membendung wabak COVID-19 dengan kakitangan dari hospital dan agensi perubatan negeri Sabah, dalam satu sesi interaksi yang diadakan di Kota Kinabalu semalam.

 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut hadir, mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan dihulurkan pihak China dalam usaha melawan wabak di negerinya.

 

Beliau berharap kumpulan pakar juga akan berkongsi pendekatan efektif yang diamalkan kerajaan China untuk menggalakkan pemulihan kegiatan pengeluaran dan sosioekonomi selepas penularan wabak dikawal dengan berkesan. Pengalaman tersebut diyakini dapat membantu Sabah menewaskan wabak dan memulihkan ekonomi.

 

Selepas sesi pertemuan, Konsul Besar China ke Kota Kinabalu, Liang Caide dan ketua kumpulan pakar, Li Jun menyerahkan bahan-bahan pencegahan wabak kepada kerajaan negeri Sabah.

 

Sebelum ini, kumpulan pakar China yang tiba di Malaysia pada 18 April telah meninjau hospital serta agensi perubatan dan penyelidikan di Kuala Lumpur dan wilayah sekitarnya, serta negeri Sarawak.

 

林莹