Apa Lagi yang Disembunyikan?

2020-04-30 11:00:37  CRI
Share with:

Laporan autopsi yang dikeluarkan oleh Kaunti Santa Clara, Negeri California menunjukkan bahawa kes kematian wabak COVID-19 yang pertama di AS berlaku pada 6 Februari, iaitu tiga minggu lebih awal berbanding laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

 

Pesakit berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, dan dipercayai dijangkiti dalam komuniti tempatan.

 

Kini semakin banyak bukti yang menimbulkan kesangsian terhadap usaha Washington melawan wabak, malah terdedah juga perlakuannya yang sengaja menyembunyikan amaran pada peringkat awal.

 

Menurut akhbar “New York Times”, seawal bulan Januari lagi, pakar penyakit berjangkit dari Seattle, Dr. Helen Chu telah memberi amaran penularan wabak COVID-19 serta menyerahkan laporan hasil ujian kepada pihak berkuasa AS. Namun, beliau diarahkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan.

 

Akhbar sama turut melaporkan bahawa seperlima penduduk New York didapati sudah mempunyai antibodi virus COVID-19. Kadar ini jauh lebih tinggi daripada di Wuhan yang dilabel oleh sesetengah politikus AS sebagai “sumber virus”. Ini tidak selaras dengan hukum virologi.

 

Kajian oleh Universiti Stanford pula menunjukkan, jumlah sebenar kes positif COVID-19 di AS mungkin 55 kali ganda lebih tinggi daripada yang diumumkan kerajaan.

 

Jelas sekali, tindakan politikus terbabit mengambinghitamkan China dan membekukan dana kepada WHO tidak dapat menebus kesalahan mereka sendiri, apatah lagi menyelamatkan nyawa.

林莹