Mahu Cabar Seluruh Dunia

2020-05-01 12:15:48  CRI
Share with:

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo sekali lagi menuduh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gagal melawan wabak COVID-19, dan mengugut akan menjalankan siasatan terhadap agensi perubatan antarabangsa tersebut.

Tatkala kes jangkitan COVID-19 di AS mencecah satu juta, Setiausaha Negara itu tidak memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa, sebaliknya berdegar-degar mengambinghitamkan pihak lain malah mengenakan tekanan politik terhadap WHO.

WHO selaku institusi multilateral paling penting dalam bidang kesihatan awam global, dipuji masyarakat antarabangsa kerana telah menunaikan tanggungjawabnya secara profesional, pragmatik dan efisien dalam melawan wabak berkenaan. 

Seawal 5 Januari lagi, WHO sudah memberi amaran kepada seluruh dunia mengenai satu penyakit pneumonia akibat punca yang tidak diketahui, iaitu dua hari selepas menerima laporan dari China. Bermula 7 Januari, WHO memaklumkan situasi wabak kepada pelbagai negara termasuk AS melalui telesidang secara berkala. Pada bulan Februari, WHO telah menubuhkan kumpulan pakar antarabangsa untuk meninjau keadaan di China, yang termasuk dua orang pakar dari AS.

Bagi AS, saluran untuk mendapatkan maklumat WHO ternyata tetap lancar. Namun, seperti yang dikritik oleh media AS, Pompeo seolah-olah “orang halimunan” yang tidak mempedulikan amaran, sehingga menyebabkan AS terlewat bertindak dan terlepas peluang keemasan bagi mengekang wabak.

Tindakan Pompeo ini jelaslah bagi menolak tanggungjawab atas kelalaian pihak sendiri dalam menangani wabak, sekali gus memperlihatkan sikapnya yang memandang hina peraturan antarabangsa dan berdegil mengamalkan unilateralisme.

周乔西