Rakyat, Pahlawan Perangi Wabak

2020-05-02 12:21:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125933919_15883358284041n

Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei menjadi lebih bermakna pada tahun ini dengan golongan pekerja di seluruh China sedang menggembleng tenaga dalam perjuangan membendung pandemik COVID-19. 

 

Sejak awal lagi, Presiden Xi Jinping telah menyifatkan usaha membanteras wabak sebagai “perjuangan rakyat”, di samping menjadikan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat sebagai tumpuan utama.

 

Dalam perbualan dengan pemimpin negara asing menerusi telefon, Presiden Xi juga menegaskan bahawa rakyatlah yang memberikan tenaga dan keyakinan untuk menjayakan perjuangan tersebut.

 

Lebih 40 ribu anggota perubatan bekerja siang dan malam untuk menyelamatkan nyawa, sementara lebih 4 juta kakitangan ditugaskan bagi memantau dan mencegah penularan wabak di 650 ribu komuniti serata negara. Boleh dikatakan bahawa kesemua 1.4 bilion rakyat China telah menyumbang bakti dalam perjuangan melawan wabak dengan cara sendiri, dan tiada seorang pun yang berpeluk tubuh.

 

China menyasarkan matlamat membasmi kemiskinan mutlak dan membangunkan masyarakat kaya secara menyeluruh pada tahun ini. Walaupun menghadapi cabaran akibat wabak COVID-19 dewasa ini, namun segala kesukaran pasti boleh diatasi dengan perpaduan dan kesungguhan seluruh rakyat.

 

张哲