Bannon Gembira Lihat Kekacauan

2020-05-04 14:33:50  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_rp

Populis sayap kanan Amerika Syarikat (AS), Steve Bannon berkeras mengatakan China perlu menanggung kos ekonomi yang dibawa pandemik COVID-19.

Ketika diwawancara media baru-baru ini, bekas pegawai Washington itu memburuk-burukkan kaedah China melawan wabak berkenaan.

Jika digambarkan, Bannon selaku penasihat strategik presiden AS mempunyai pandangan politik yang amat radikal, dan dia tidak pernah teragak-agak untuk menghasut konfrontasi, rasisme dan xenofobia. Meskipun diusir keluar dari Rumah Putih pada Ogos 2017, mentaliti Perang Dingin yang mewarnai setiap tindakannya tetap tidak dibaiki dan "teori ancaman China" masih menjadi modal setiap kali berbicara.

图片默认标题_fororder_rp3

Terbaharu, situasi COVID-19 pula dipergunakannya untuk menyebarkan "virus politik" sendiri, mengecam kerajaan China dengan bermacam-macam selaran. Tuduhannya bahawa kerajaan China "memperlahankan penularan wabak dalam negeri tanpa mempedulikan nasib dunia," pembohongan yang semata-mata untuk menimbulkan permusuhan antara China dengan masyarakat antarabangsa dan mencari dalih untuk memeras ugut China.

Padahal, China tidak membazir waktu untuk melaporkan situasi wabak, berkongsi keseluruhan maklumat urutan genom virus kepada dunia dan bekerjasama membendung penularan di peringkat global.

Yang menjadi musuh kepada AS dewasa ini bukanlah China, tetapi virus. Lebih lantang Bannon melemparkan tohmahan terhadap China, lebih jelas terdedah kegagalan negaranya sendiri mengawal wabak serta niat jahat segelintir politikusnya yang hanya mengejar laba politik.

Rakyat AS haruslah sedar bahawa andainya ekstremis fanatik seperti Bannon itu dibiarkan melebarkan pengaruhnya, rosaklah kerja-kerja membendung wabak di dalam negeri dan kacau-bilaulah masa depan tanah air mereka.

高蕾