Disokong Syarikat China, Ekonomi Kemboja Pulih

2020-05-04 13:14:13  CRI
Share with:

Terkesan akibat wabak COVID-19, ekonomi Kemboja berdepan pelbagai kesukaran selepas industri pelancongannya tergendala, tempahan produk pakaian dibatalkan dan lalu lintas udara berkurang mendadak.

Namun begitu, sokongan daripada syarikat China yang meneruskan kegiatan pelaburan di Kemboja dan menjamin kegiatan pengeluaran, menyuntik penggerak yang membolehkan ekonomi melantun semula.

Menurut Kedutaan Besar China di Kemboja, perdagangan dua hala meningkat 1.7% dengan mencatat USD2.03 bilion (RM8.8 bilion) pada suku pertama tahun ini. Menurut statistik pihak rasmi Kemboja, negara itu telah mengeksport 122 ribu tan beras ke China pada empat bulan pertama tahun ini, meningkat 28% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Pada 9 April, pusingan kedua rundingan perjanjian perdagangan bebas China-Kemboja diadakan secara telesidang. Kedua-dua pihak telah mencapai banyak persepakatan mengenai kandungan perjanjian berkenaan dan membincangkan isu-isu perundangan yang melibatkan sinergi dalam rangka Jalur dan Laluan serta kerjasama berkaitan pelaburan, teknologi dan e-niaga. Persetujuan turut dicapai untuk meneroka pelbagai saluran termasuk telesidang bagi mempercepat proses rundingan.

高蕾