Terowong Yingpanshan Siap Disambung

2020-05-05 12:26:20  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_tg

Terowong Yingpanshan yang terletak di seksyen Yumo landasan kereta api Kunming-Vientiane siap disambung pagi semalam, selepas kerja pembinaan selama 1,000 hari.

Projek yang dibangunkan Syarikat Kunming di bawah China Railway, panjangnya 3,175 meter dan terletak di wilayah bandar Pu’er, provinsi Yunnan.

Landasan kereta api China-Laos yang jarak keseluruhannya lebih seribu kilometer, projek rel antarabangsa pertama dibina atas modal China. Prasarana itu dibangunkan mengikut spesifikasi teknologi China, menggunakan kelengkapan buatan China, dan bersambung terus dengan rangkaian kereta api China.

高蕾