Di Depan Sains, Racun Ditabur

2020-05-05 13:47:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1110734262

Seperti menegakkan benang yang basah, begitulah politikus Amerika Syarikat (AS) hendak mempertahankan tuduhan bukan-bukan tentang soal asal usul COVID-19.

Di hadapan komuniti sains sedunia yang sebulat suara bersetuju koronavirus baharu berpunca dari alam semula jadi, Setiausaha Negara Mike Pompeo kelmarin mengulang lagi bohongnya bahawa "ada banyak bukti menunjukkan virus tersebut datangnya dari makmal Wuhan".

Semasa sidang media di Rumah Putih, pemimpin negara berkenaan juga mengatakan pernah melihat bukti yang menyokong dakwaan seumpama. Namun, susulan kenyataan Pejabat Pengarah Risikan Nasional AS yang menyebut koronavirus baharu bukan buatan manusia mahupun hasil pengubahsuaian genetik, pemimpin AS itu tidak dapat menjustifikasikan keraguan pihaknya terhadap Institut Virologi Wuhan.

图片默认标题_fororder_1005846168

Pada hakikatnya, tuduhan sebegitu telah disangkal ahli  sains dan kesihatan awam sejak awal lagi, dan masyarakat antarabangsa rata-rata melihat wabak ini sebagai satu malapetaka semula jadi. Pendirian sama juga diambil oleh badan professional termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Institut Pasteur Perancis, serta sarjana seperti Professor Ian Lipkin dari Universiti Colombia AS yang digelar "pemburu virus".  

Sejak ditubuhkan, Institut Virologi Wuhan yang sering menjadi sasaran spekulasi Washington, telah menerima kedatangan saintis dari pelbagai negara termasuk AS sendiri. Ketuanya, Yuan Zhiming menegaskan bahawa institut terbabit tidak mampu mencipta koronavirus baharu dan tidak pernah berbuat sedemikian. Semua makmal yang dikendalikan mematuhi prosedur keselamatan yang ketat.

Setakat pukul 5 pagi semalam waktu Beijing, wabak COVID-19 telah meragut lebih 66,000 nyawa rakyat AS, lebih ramai daripada jumlah askar negara itu yang terkorban dalam Perang Vietnam. Ternyata kesengsaraan rakyat tidak dipedulikan politikus berdarah sejuk seperti Pompeo, yang fokusnya hanyalah hendak menabur racun fitnah bagi mengalih perhatian daripada kelalaian pihak sendiri, semata-mata demi pilihan raya akan datang.

高蕾