COVID-19: Makmal Ujian Myanmar Beroperasi

2020-05-05 12:19:59  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_md2

Majlis penyerahan reagen pengesanan COVID-19 dan bahan-bahan keperluan pencegahan wabak sumbangan pasukan pakar perubatan tentera China kepada pihak Myanmar diadakan semalam.

Pada hari yang sama, makmal ujian COVID-19 yang dibina atas bantuan kumpulan perubatan tersebut turut dirasmikan.

Duta Besar China, Chen Hai menyatakan makmal tersebut akan meningkatkan kemampuan tentera Myanmar menangani wabak secara berkesan.

图片默认标题_fororder_md3

Dalam sesi interaksi dua pihak setelah pasukan pakar China yang seramai enam orang tiba Yangon pada 24 April, Ketua Hospital Tentera Pertama Myanmar, Brigedier Jeneral Myint Zaw menyatakan kedatangan mereka telah membawa bantuan besar kepada Myanmar.

Setakat semalam, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Myanmar mencecah 161 yang antaranya enam meninggal dunia dan 49 sembuh, dengan kadar sembuh mencapai 30%. Prestasi Myanmar dalam usaha pencegahan dan kawalan wabak mendapat pujian ketua pasukan pakar perubatan China, Bai Chong.

图片默认标题_fororder_md

高蕾