China Sumbang Pelitup kepada Singapura

2020-05-06 13:01:39  CRI
Share with:

Majlis penyampaian barangan melawan wabak COVID-19 daripada China diadakan di Kementerian Kesihatan Singapura semalam. 

Duta Besar China, Hong Xiaoyong dalam majlis itu menyatakan bahawa sumbangan kali ini bukan sahaja satu bentuk sokongan fizikal, malah mogaan baik daripada China yang berharap Singapura menjayakan perjuangan melawan wabak dengan seawal mungkin.

Barangan tersebut termasuk penutup hidung dan mulut perubatan pakai buang serta jenis KN95 dan N95 yang disumbangkan oleh kerajaan China dan Palang Merah. kedutaan China juga telah menyumbangkan barangan keperluan harian yang bernilai RMB500 ribu (RM304 ribu) kepada Pusat Pekerja Asing Singapura.

高蕾