Yang Patut Disiasat, AS

2020-05-06 13:42:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_508844181

Bukan sahaja kerana tidak ambil pusing situasi dalam negeri yang dianggap buruk laku, tetapi juga keghairahan menuding jari menuntut pihak lain disiasat sedangkan diri sendiri gambaran peribahasa "mengata dulang paku serpih".

Mutakhir, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dan politikus lain Washington tidak putus-putus menyebarkan khabar angin bahawa virus COVID-19 berpunca dari Institut Virologi Wuhan. Atas tuduhan palsu itulah mereka menuntut siasatan antarabangsa dijalankan terhadap institusi tersebut.

Padahal, media arus perdana AS sendiri mempersoalkan langkah yang diambil Washington bagi mencegah dan mengawal penularan COVID-19 di dalam negeri, sesuatu yang dikatakan mengundang kesangsian.

Hairan sekali apabila negara yang syarat perubatannya paling baik di dunia, bergelut dengan jumlah kes jangkitan dan angka kematian yang paling tinggi. Yang lebih membingungkan, politikus tidak mempertimbangkan bagaimana mencegah dan mengawal wabak, tetapi mencipta pembohongan dengan niat menjatuhkan tuduhan ke atas China melalui siasatan antarabangsa, demi menutup kegagalan dan mengelakkan tanggungjawab sendiri.

图片默认标题_fororder_1540311623

AS harus membenarkan agensi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memeriksa makmal biologi Fort Detrick seperti yang diminta oleh masyarakat. AS juga harus bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk menyiasat sama ada penularan COVID-19 telah diselindung dengan wabak influenza yang berlaku di sana. Siasatan antarabangsa juga harus dilakukan untuk mengetahui bilakah virus terbabit kali pertama muncul di AS.

图片默认标题_fororder_1719174793

China sentiasa bersikap ikhlas dan terbuka terhadap siasatan antarabangsa, tetapi menentang siasatan berkenaan dipolitikkan ataupun dijalankan dengan niat memburukkan namanya. Siasatan antarabangsa terhadap wabak COVID-19 sepatutnya dipimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bukannya oleh AS yang mengamalkan unilateralisme.

高蕾