Banyak Tanda Ekonomi Pulih Cepat

2020-05-07 13:44:19  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_1734888093

115 juta, jumlah pelancong domestik di China dalam tempoh cuti lima hari sempena Hari Pekerja 1 Mei yang baru berlalu.

Selepas penularan wabak COVID-19 dalam negeri dibendung dengan berkesan, lebih seratus juta warga China mengambil peluang untuk keluar makan angin, mengundang tempoh puncak pertama bagi pasaran pelancongan domestik.

Fenomena ini menyokong ramalan ahli ekonomi antarabangsa, iaitu impak wabak hanyalah sementara dan permintaan pengguna yang kuat mampu memacu pemulihan ekonomi China.

图片默认标题_fororder_675104674

Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menunjukkan pada tempoh cuti tersebut, sektor pelancongan domestik mengutip pendapatan RMB47.56 bilion (RM28.88 bilion). Walaupun ini hanyalah kira-kira 40% berbanding tempoh sama tahun lalu, prestasi ini dicapai sewaktu langkah kawalan ketat masih berkuat kuasa dan bilangan pelancong di tempat peranginan dihadkan kepada 30%.

Sektor pelancongan yang paling teruk terjejas ekoran wabak sedang bangun semula secara teratur.

Pada keseluruhannya, kegiatan ekonomi di China terus-menerus dihidupkan semula, membolehkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) industri pembuatan kekal di atas paras 50% pada Mac dan April.

图片默认标题_fororder_941372340

Penganalisis teknologi maklumat firma khidmat kewangan Morgan Stanley, Katy Huberty baru-baru ini menyatakan bahawa pertumbuhan memuaskan yang direkodkan China dari segi pengeluaran selepas terkesan akibat wabak COVID-19, memberi inspirasi kepada pembekal teknologi. Ini turut memperkukuh keyakinan mereka untuk meneruskan operasi di China.

Selaku negara yang bertahun-tahun menyumbang hampir 30% kepada pertumbuhan dunia, China berjaya membendung wabak dengan berkesan sambil mempercepat penyambungan semula kegiatan pengeluaran. Ini sekali gus menyuntik keyakinan dan penggerak kepada pemulihan ekonomi sejagat.

高蕾