Pakar China Tawar Latihan di Myanmar

2020-05-08 12:20:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_px

Pasukan pakar perubatan tentera China menawarkan latihan kepada kakitangan Myanmar di Hospital Tentera Pertama, Yangon semalam bagi meningkatkan kesedaran berhubung perlindungan diri dalam perjuangan melawan wabak COVID-19.

Ketua pasukan, Bai Chong menerangkan kesukaran serta perkara-perkara kunci dalam kawalan penularan COVID-19, manakala naib ketua Ma Yajun menjelaskan cara penggunaan barang-barang pelindung berkenaan.

图片默认标题_fororder_px2

Program latihan disusuli sesi interaksi antara kedua-dua pihak.

Rektor Akademi Perubatan Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Colonel Khin Aung Htun ketika diwawancara agensi berita Xinhua menyifatkan program latihan tersebut sebagai sangat perlu dan efektif.

图片默认标题_fororder_px3

高蕾