Politikus AS Jadikan Rakyat Sebagai "Haiwan Ujikaji"

2020-05-09 14:57:20  CRI
Share with:

Kes jangkitan koronavirus baharu (COVID-19) yang dilaporkan melebihi 1.25 juta dan kematian mencatat 75 ribu. Kedua-dua angka yang menyedihkan ini sangat bertentangan dengan status Amerika Syarikat (AS) sebagai satu negara gergasi. Berdepan kegagalan tindakan pencegahan dan kawalan, barisan pimpinan Washington tetap enggan mengkaji diri, sebaliknya tegil mereka-reka"teori konspirasi" satu demi satu, terus-menerus mengambinghitamkan China untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawabnya. Kesengsaraan yang dialami rakyat AS yang kasihan berkait rapat dengan kesilapan dan kelalaian pihak berkuasa AS.

Oleh sebab gila merebut nama dan kepentingan politik, barisan pemimpin AS tidak pernah memandang serius pencegahan dan kawalan wabak yang melibatkan keselamatan nyawa, sebaliknya sentiasa mengira kepentingannya sahaja, bahkan mempromosikan "ubat mujarab" kepada rakyat kasihan yang dijadikan ‘haiwan ujikaji’. Dengan demikian,terlepaslah banyak peluang baik untuk mencegah dan mengawal wabak.

Memandang para politikus AS yang tidak masuk akal tersebut, ada penganalisis berpendapat bahawa sempena tahun pilihan raya, pemimpin tertinggi AS bimbang akan amaran awal wabak yang dilihat sekiranya dikeluarkan, berkemungkinan mencetuskan akibat yang tidak diingini yang membahayakan kestabilan masyarakat, yang turut membawa impak kepada prestasinya dalam pilihan raya.

Kerajaan AS kekurangan sikap saintifik dan rasional. Suara rasional dari kalangan saintis dan pegawai profesional dan teknikal AS terganggu dan tenggelam dalam kebisingan politik berikutan serangan sentimen anti-intelektual, anti-saintifik dan populis. 

Baik semasa tempoh awal pengesanan kes dan pemantauan jejak pesakit mahupun semasa tempoh sekarang pengagihan barangan melawan Wabak, keseluruhan sistem pencegahan wabak AS kelihatan kacau-bilau dan tidak teratur. Namun pemimpin AS masih sibut bertikam lidah dengan penentangnya.

Para politikus AS diminta mengetepikan kepentingan peribadi mereka. Memfokuskan pencegahan dan kawalan wabak barulah satu-satunya jalan yang boleh menyelamatkan negaranya.

高蕾