Politikus AS, Kaki Bohong

2020-05-10 13:27:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1819622266

Surat khabar Australia, The Sydney Morning Herald menerbitkan satu artikel yang bertajuk "Australia Risau akan Tuduhan AS Tanpa Bukti bahawa Koronavirus Baharu Terbocor dari Makmal Virologi Wuhan". Artikel tersebut mendedahkan sebuah apa yang disebut "fail rahsia" yang dilaporkan media Australia yang mengutip maklumat dibekalkan "Five Eyes" (UKUSA), mengatakan "koronavirus baharu mungkin berasal dari Makmal Virologi Wuhan", namun hakikatnya ia direka-reka secara tampal sulam menurut pelbagai laporan media. Kerajaan dan peringkat tinggi kalangan risikan Australia secara umumnya mensyaki "fail rahsia" itu "terbocor" oleh seorang kakitangan di Kedutaan Besar AS di Canberra dengan sengaja.

图片默认标题_fororder_694214914

Sementara itu, semakin banyak berita mendedahkan pegawai diplomatik AS di Australia berinisiatif membekalkan maklumat risikan yang palsu kepada media tempatan demi menuduh China. North German Broadcasting, Jerman melaporkan agensi risikan anggota Five Eyes menjawab tidak tahu sama sekali tentang apa yang disebut "fail rahsia" tersebut. Di samping itu, majalah Der Spiegel, Jerman pula melaporkan menurut sebuah fail dalaman yang diserahkan kepada Menteri Pertahanan Jerman, tuduhan AS tentang "koronavirus baharu berasal dari Makmal Virologi Wuhan" adalah untuk "menyembunyikan kelalaian sendiri, sekali gus memindahkan kemarahan rakyat AS ke atas China".

Keadaan sebenar yang boleh kelihatan umum adalah, kerajaan AS membekukan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedang sedaya upaya menyelaraskan usaha memerangi COVID-19 di seluruh dunia. Penyunting utama The Lancet, Richard Horton mengkritik perbuatan kerajaan AS ialah "jenayah anti manusia".

Bangunlah politikus AS jika masih punya hati nurani, memandangkan tragedi lebih 77 ribu nyawa telah melayang di negara itu.

高蕾