Projek Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN Bermula

2020-05-10 13:28:14  CRI
Share with:

Projek Indeks Pembangunan Meteorologi China-ASEAN dilancarkan di Nanning, Guangxi semalam dan maklumat mengenai indeks meteorologi dirancang dikeluarkan kepada seluruh dunia dalam tempoh Ekspo China-ASAEN ke-17 yang dijadualkan pada September tahun ini.

Projek ini bertujuan melalui gabungan sumber unggulan kedua-dua pihak, menjalankan penganalisisan terhadap angka yang melibatkan meteorologi yang rumit, ekonomi dan sosial serta penganalisisan komprehensif terhadap infrastruktur meteorologi, kelengkapan, tahap perkhidmatan teknikal, kemampuan pencegahan dan mitigasi bencana dan keperluan pasaran perkhidmatan meteorologi, agar penilaian dijalankan secara objektif dan saintifik untuk mengintensifkan pertukaran dan kerjasama teknologi dan perkhidmatan meteorologi.

高蕾