China Terus Bantu Filipina Lawan COVID-19

2020-05-11 13:14:11  CRI
Share with:

Bahan-bahan bantuan melawan wabak COVID-19 sumbangan kerajaan China kepada Filipina tiba di Manila semalam.

China pernah menghantar satu kumpulan bahan berkenaan ke Filipina pada Mac, diikuti pasukan pakar perubatan pada 5 April.

Bahan bantuan kali ini terdiri daripada mesin ventilator, reagen ujian nukleik, sut pelindung, penutup mulut dan hidung serta gogal.

Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Lochen merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas bantuan daripada China. Beliau menyatakan semua negara perlu bergabung tenaga mengalahkan koronavirus, bukannya menabur fitnah ataupun mempolitikkan wabak.

Duta Besar China, Huang Xilian berkata China akan terus memberikan bantuan semampu boleh kepada Filipina untuk menyokong perjuangan negara itu melawan wabak melalui pelbagai saluran.

Setakat pukul 4 petang semalam, sebanyak 10,794 kes positif COVID-19 dilaporkan di Filipina, antaranya 719 maut manakala 1,924 telah sembuh.

覃淼