Jangan Putar Belit "Semangat 4 Mei"

2020-05-11 14:10:51  CRI
Share with:

Pada Mei 1919, golongan belia China bangkit membantah perbuatan negara-negara Barat memperdagangkan kepentingan negara ini semasa Persidangan Kedamaian Paris pasca Perang Dunia I.

Peristiwa itu kemudiannya diperingati sebagai Gerakan 4 Mei.

Timbalan penasihat keselamatan negara Presiden Amerika Syarikat (AS), Matthew Pottinger bagaimanapun bertindak memutarbelitkan semangat patriotik itu sebagai "populisme", semasa berceramah di Universiti Virginia baru-baru ini.

图片默认标题_fororder_4Mei

Pada hakikatnya, Gerakan 4 Mei ialah satu kebangkitan patriotik yang ulung, yang semangatnya diwarisi dan diamalkan rakyat China hingga kini.

Dalam perjuangan melawan wabak COVID-19, rakyat China bersatu padu dan mengatasi pelbagai kesukaran sehingga melakar kejayaan yang amat besar.

Antara 42 ribu kakitangan perubatan yang berjuang di barisan hadapan di provinsi Hubei, lebih 12 ribu merupakan pemuda di bawah umur 30 tahun, malah ramai yang belum sampai 20 tahun. Mereka inilah pewaris Semangat 4 Mei.

Sepanjang kerjayanya, Pottinger kerap menzahirkan pemikiran yang prejudis dan berbaur mentaliti Perang Dingin.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, Pottinger memburuk-burukkan imej pihak lain atas nama virus, dan menggalakkan AS membekukan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada Mac lepas, dia melobi supaya jumlah wartawan China di AS dikurangkan, tindakan yang menimbulkan halangan besar bagi komunikasi kebudayaan kedua-dua negara. Namun dalam ceramah kali ini, dia pula yang mencela China kerana "mengusir wartawan asing".

Politikus yang sentiasa memandang China dengan niat bermusuhan, hanya mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. Seperti yang berlaku semasa Gerakan 4 Mei pada 101 tahun lalu, rakyat China tidak akan sekali-kali tunduk kepada penghinaan atau sebarang tuntutan yang menjejaskan kepentingan negara.

胡星