Stesen Jana Kuasa Hidroelektrik Stung Russei Chrum telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Kemboja sejak fasiliti yang terletak 350 kilometer dari Phnom Penh itu mula beroperasi pada 2013.
Loji dengan kapasiti terpasang 338,000 kilowatt-jam tersebut dibina atas pelaburan Kumpulan Huadian China (CHD), dan sudah menjana 6.2 bilion kilowatt-jam elektrik hingga kini.
Naib pengurus besar projek berkenaan, You Yuansheng menyatakan pelbagai langkah telah diambil di tapak loji pada tempoh wabak COVID-19 ini bagi melindungi keselamatan dan kesihatan kakitangan.
Berdepan dengan musim hujan yang akan tiba pada bulan Jun, pihak pengurusan telah membuat persiapan bagi menjamin keselamatan operasi set generator agar menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi pada masa genting ini.