COVID-19: Malaysia Catat Kes Baharu Terendah

2020-05-13 12:26:00  CRI
Share with:

Malaysia melaporkan sebanyak 16 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam semalam, yang paling rendah sejak 13 Mac.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia juga menunjukkan seramai 110 pesakit telah sembuh dan tiada kematian dalam sehari sama.

Setakat ini, 6,742 kes positif telah dilaporkan di seluruh negara, daripadanya 109 meninggal dunia sementara 5,223 sembuh.

Dalam satu taklimat media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bilangan kes baharu yang berkurang menandakan langkah-langkah pencegahan yang diambil adalah berkesan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya mematuhi aturan dan panduan pihak berkuasa, bagi mengelakkan wabak ini daripada menular semula.

覃淼