China Serah Bantuan kepada Indonesia

2020-05-14 13:32:02  CRI
Share with:

Bahan-bahan pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 sumbangan China diserahkan kepada pihak Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta petang kelmarin.

Upacara penyerahan dihadiri oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan Duta Besar China, Xiao Qian.

Dalam ucapannya, Xiao Qian menyampaikan penghargaan atas sokongan yang dihulurkan Indonesia sewaktu China berjuang melawan wabak berkenaan.

Beliau berkata, China menjunjung konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, bersedia memberikan bantuan semampu boleh kepada negara lain sambil berusaha mengatasi penularan wabak di dalam negeri.

Bekalan daripada China diharap dapat membantu Indonesia mengalahkan wabak dengan secepat mungkin.

Prabowo Subianto pula berkata, bahan-bahan yang dihantar oleh Kementerian Pertahanan China memperlihatkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Beliau menghargai bantuan China, komited bersama-sama mengalahkan wabak, dan menanti-nantikan peluang untuk bergabung tenaga demi ketenteraman dan kemakmuran serantau.

覃淼