AS Dituntut Henti Sandiwara

2020-05-14 14:29:43  CRI
Share with:

Politikus Amerika Syarikat (AS) dituntut supaya "berhenti bersandiwara" dan tidak lagi menolak tanggungjawab berhubung situasi wabak dalam negeri yang makin memburuk.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam berkata, adalah amat tidak bermoral bagi mereka mempertanggungjawabkan China atas kegagalan pihak sendiri.

Terdahulu, ahli senat dari Parti Republikan AS mengemukakan satu usul yang memberi kuasa kepada Washington untuk mengenakan sekatan terhadap China sekiranya negara ini tidak memberikan penjelasan yang lengkap mengenai pandemik COVID-19.

Dokumen itu juga mensyaratkan supaya China menutup semua pasar basah yang mungkin menjual haiwan liar.

Zhao berkata, China membantah keras usul itu yang dibuat dengan tidak beretika dan mengabaikan seluruhnya fakta.

Seluruh dunia telah melihat pendekatan China sejak tercetusnya wabak COVID-19, yang rata-rata dianggap terbuka, telus dan bertanggungjawab. 

China juga telah bertindak mengharamkan penangkapan, perniagaan, penghantaran dan pemakanan haiwan liar secara menyeluruh. 

Jurucakap itu turut mengingatkan politikus AS supaya lebih memfokuskan nyawa dan kesihatan rakyat, serta memainkan peranan konstruktif dalam kerjasama sejagat.

徐国玮