Kerana Lalai, Sekarang Tanggung

2020-05-14 14:27:32  CRI
Share with:

Bukan sahaja nyawa tergadai di negara sendiri yang perlu ditanggung oleh pemimpin Amerika Syarikat (AS), tetapi juga segala jiwa tak berdosa yang terkorban di serata dunia.

Begitulah sarjana terkenal AS, Noam Chomsky mencela Washington kerana sibuk mencari kambing hitam untuk menutup jenayahnya terhadap rakyat. 

Katanya, pakar kawalan penyakit berjangkit dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China malah AS sendiri sejak awal lagi telah memberikan amaran kepada Washington berhubung COVID-19, namun semuanya tidak dihiraukan oleh politikus yang memandang remeh situasi hinggakan mengambil respons salah. Akibatnya, wabak merebak tidak terkawal, menjangkiti ramai rakyat dan meragut banyak nyawa.

Kini, sepertiga daripada 4 juta kes positif COVID-19 di dunia adalah di AS.

Majalah The Atlantic mengulas dengan rasa kesal akan nasib rakyat AS yang tinggal di sebuah negara lemah.

Pencegahan wabak yang tidak cekap menjadikan AS kelemahan terbesar dalam usaha sejagat membendung wabak itu, malah memberikannya gelaran "pengeksport utama" kes jangkitan. 
 
Malang sekali apabila negara paling kuat di dunia gagal memikul tanggungjawabnya, bahkan menjadi perosak kepada kerjasama sedunia. Sudah pasti, sejarah akan meminta politikus AS bertanggunjawab atas perbuatan mereka.

徐国玮