Trump Lempar Lagi Kata-kata Ugutan

2020-05-15 15:07:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengugut untuk menyambung semula perang dagang sebelum ini, sekali lagi bertindak menyerang China dengan arahan “mengkuarantin saham China”.

Sehubungan itu, Lembaga Pelaburan Jimat Cermat Persaraan Persekutuan (FRTIB) AS diarahkan supaya segera berhenti memberikan pilihan kepada seramai 5.9 juta orang pekerja persekutuan dan pesara untuk melabur saham China. 

Menurut keputusan FRTIB Rabu lepas, Rancangan Simpanan Jimat Cermat (TSP) yang dijadual dilaksanakan mulai separuh kedua tahun ini, membenarkan 7.4 peratus daripada aset Tabung I yang menyasarkan kepada pelaburan saham antarabangsa, iaitu USD44 bilion (MYR191 bilion) ditukar kepada pelaburan dalam tabung indeks yang merangkumi 10 peratus aset China.

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (2)

Gara-gara tekanan daripada White House, FRTIB terpaksa menangguhkan rancangan tersebut.

Penganalisis menyifatkan perbuatan Trump itu sebagai tembakan pertama perang kewangan antara Washington dengan Beijing, sekali gus memberikan tanda jelas kepada pelabur global supaya berhati-hati melabur di China.

Biarpun begitu, pelabur asing masih yakin dengan pasaran China. Menurut laporan Financial Times, China yang mengalami keadaan wabak yang paling teruk pada bulan Februari tetap menarik pelaburan asing sebanyak USD107 bilion (MYR464 bilion) ke dalam pasaran bon.

覃淼