Pompeo Dikutuk Media Antarabangsa

2020-05-16 15:28:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mike

Baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menjadi sasaran kritikan oleh media arus perdana dari China dan AS. Menurut "Indeks Baidu", kehangatan Pompeo menghampiri malah melampaui presiden Donald Trump, dan mencapai kemuncak pada 28 April. Dalam tempoh seminggu sekitar tarikh tersebut, Kumpulan Media China (CMG) sebanyak lima kali menyiarkan ulasan mengutuk tindakan Pompeo yang mencemarkan imej China. Di samping itu, beberapa media utama AS termasuk CNN telah memetik ulasan CMG tersebut dan mencela kenyataan Pompeo. 

Statistik mendapati bahawa 80% daripada kenyataan Pompeo mengenai China ialah serangan"atau mencemarkan imej China, yang memfokuskan tiga aspek, iaitu "teori konspirasi mengenai punca virus", "spekulasi yang mendakwa China menyembunyikan kebenaran" dan "mempertanggungjawabkan China". 

Tindakan Pompeo yang mengambinghitamkan China adalah bagi mengalihkan tumpuan pengkritik daripada ketidakcekapan negara itu sendiri, manun ia turut menjadi tumpuan media seluruh dunia. Media AS termasuk Washington Post, CNN, dan Politico masing-masing menyiarkan ulasan kritikan daripada pakar perubatan, ahli politik dan kolumnis. Pada masa kritikal penularan wabak COVID-19 di AS, Pompeo sebagai Setiausaha Negara yang harus menumpukan keselamatan dan nyawa rakyat negara sendiri, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain. Ini bukan sahaja akan merosakkan imejnya sendiri, malah negaranya.

胡星