Myanmar Kutuk AS Mengambinghitamkan China

2020-05-17 14:26:09  CRI
Share with:

Kerajaan dan sesetengah media Amerika Syarikat (AS) menabur fitnah dan mengambinghitmakan China dengan membuat bermacam-macam tuduhan tidak berasas untuk mengalihkan tumpunan masyarakat daripada ketidakcekapan kerajaan sendiri. Pakar dan sarjana pelbagai negara termasuk Myanmar mengutuk keras tindakan AS yang tidak munasabah tersebut.

Ketua Pengarah Institut Tampadipa Myanmar, Khin Zaw Win ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa tuduhan AS terhadap China tidak meyakinkan dan akan menimbulkan penularan rasa benci. Beliau beranggapan bahawa AS dan Britain ialah dua negara yang paling gagal dalam menangnai wabak COVID-19 kerana kerajaan mereka enggan mengikuti nasihat pakar perubatan.

Ketika menghadapi penularan wabak, China aktif mengambil pelbagai tindakan pencegahan dan kawalan, menghulurkan bahan bantuan dan menghantar kumpulan pakar ke negara lain. Manakala, AS tetap menegaskan "AS didahulukan", gagal melawan wabak, sebaliknya sibuk menyalahkan China.

Ahli Jawatankuasa Pusat Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar (NLD), yang juga Ketua Editor majalah D-Wave NLD, Monywa Aung Shin mengatakan bahawa menjalankan kerjasama ialah perkara yang paling penting ketika melawan wabak. Tuduhan mengenai virus berasal dari China tidak berasas. Orang awam di Myanmar tidak percaya akan kenyataan ini.

覃淼