Dimulakan Seawal 11 Januari? Penyelidikan Vaksin AS Disoal

2020-05-17 15:42:42  CRI
Share with:

Ketika rakyat seluruh dunia giat melawan wabak COVID-19, pelbagai negara sedang mempercepat proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin berkenaan. Namun, tindakan dan maklumat Amerika Syarikat (AS) dalam prose itu disoal oleh pelbagai pihak. 

Pertama, AS telah mengetahui wabak COVID-19 sejak dahulu lagi?

Presiden Donald Trump dalam sidang media di White House pada 15 Mei lalu menyatakan, negara itu telah melancarkan kerja menyelidik dan membangunkan vaksin seawal 11 Januari lepas, dan vaksin itu dijadual akan dihasilkan pada penghujung tahun ini. 

China memaklumkan urutan gen koronavirus kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 12 Januari. Jika AS menguasai maklumat tentang wabak itu lebih awal dari China, mengapa Washington tidak mengambil tindak pencegahan dan kawalan yang berkaitan? 

Kedua, vaksin akan dihasilkan hujung tahun ini? Pakar AS: tidak realistik.

Presiden Sekolah Kebangsaan Perubatan Tropikal dari "Baylor College of Medicine", Peter Hotez berkata, ujian besar-besaran mungkin dapat dimulakan pada musim panas ini, tarikh penghasilan vaksin yang selamat dan berkesan mungkin pada separuh tahun kedua tahun depan, yang boleh dikatakan mencipta rekod paling cepat. 

Menurut laporan laman sesawang Rusia Today (RT) semalam, ujian vaksin oleh sesetengah syarikat AS terus dijalankan ke tahap klinikal, tanpa ujian pada binatang, maka tahap keselamatan vaksin amat dicurigai ramai. 

Ketiga, bangunankan vaksin dengan sendiri bawa ketidaktentuan baharu.

Akhbar The Guardian Britain dalam rencananya menyatakan, dasar "utamakan AS" telah dikatakan penghambat kepada kerjasama antarabangsa membabitkan penyelidikan dan pembangunan vaksin. Pandemik COVID-19 yang sedang menular di dunia ini berbeza dengan wabak AIDS dan Ebola dahulu. Sikap menolak kerjasama antarabangsa pasti akan mengundang pertikaian, ketidaktentuan dan rasa tidak selamat dalam perjuangan sedunia melawan COVID-19.

胡星