Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dirasmikan di Beijing pagi tadi. Pemimpin parti dan negara termasuk Xi Jinping, serta 2,897 wakil NPC menghadiri majlis perasmian itu.
Acara tahunan yang dijadualkan berlangsung mulai 3 Mac setiap tahun, buat julung kalinya ditangguh hingga bulan Mei akibat COVID-19. Dalam majlis tersebut, semua hadirin terlebih dahulu bertafakur sebagai tanda memperingati para wira yang terkorban dalam perjuangan memerangi wabak.
Perdana Menteri Li Keqiang telah membentangkan laporan kerja kerajaan sepanjang tahun lalu dan mengemukakan rancangan kerja bagi tahun ini. Laporan tersebut akan diserahkan kepada persidangan NPC untuk dibahaskan. Selain itu, dua acara melibatkan perundangan pula akan diadakan dalam persidangan NPC kali ini, iaitu membahaskan rang undang-undang sivil yang pertama di China, membentuk dan menyempurnakan draf resolusi berhubung sistem undang-undang serta penguatkuasaan yang dilaksanakan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong demi keselamatan negara.