Kempen Basmi Kemiskinan Pasti Berjaya

2020-05-22 11:36:16  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirainya di Beijing, sewaktu senario global berdepan ujian getir ekoran penularan pandemik COVID-19 yang menambah lagi faktor ketidaktentuan.

Krisis kesihatan awam kali ini bagaimanapun tidak menggugat keazaman China untuk mencapai matlamat pembangunan sosioekonomi negara. Berkat langkah-langkah praktikal dan penjana baharu, matlamat yang telah ditetapkan buat tahun ini pasti akan direalisasikan.

Dengan menjunjung konsep “manusia diutamakan” dan "rakyat didahulukan”, parti pemerintah di China sentiasa memandang kempen membasmi kemiskinan sebagai tugas utama. Di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping yang mengetengahkan strategi tersusun rapi, usaha membasmi kemiskinan dilakukan secara cekap dan sistematik.

Data Bank Dunia menunjukkan, kadar sumbangan China kepada usaha membasmi kemiskinan di dunia melepasi paras 70 peratus. Pakar isu antarabangsa dari Kenya, Adhere Cavince menyifatkan pencapaian China dalam usaha tersebut sebagai hasil mengagumkan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah umat manusia.

 

董筱娉