Ikatan China, ASEAN Lebih Rapat

2020-05-24 17:50:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_wang

图片默认标题_fororder_wang4

Ikatan antara China dengan negara-negara ASEAN menjadi lebih mantap dan rapat menerusi sinergi untuk membendung pandemik COVID-19, demikian juga jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Demikian ujar Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi dalam sesi taklimat di Beijing petang tadi. 

Wang berkata, agregat dagangan kargo China-ASEAN bertambah 6.1% kepada USD140 bilion pada suku pertama tahun ini. Perkembangan itu turut meletakkan ASEAN sebagai rakan dagang terbesar bagi China buat kali pertama. 

Tambah beliau, ikatan China-ASEAN dipercayai akan melangkah ke tahap yang lebih tinggi tatkala menyambut ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog tahun depan.
 

周乔西