Margaret Chan: Masih Perlu Masa Untuk Kalahkan Wabak

2020-05-25 12:38:57  CRI
Share with:

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Margaret Chan Fung Fu-chun menyifatkan koronavirus ialah yang paling 'licik'.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berbanding dengan virus Ebola, kadar kematian COVID-19 adalah lebih rendah, sementara kadar penularannya lebih tinggi.

Penularan virus influenza pula sangat pantas, namun kadar kematiannya rendah. Wabak COVID-19 pula lebih senang menular berbanding influenza dengan kadar kematiannya 10 kali ganda daripada virus H1N1.

Tambah Margaret Chan, sehingga kini, keadaan sebenar virus ini masih belum diketahui sementara kajian perubatan dan vaksin berkenaan sedang giat dijalankan.

Katanya, keadah sains dan teknologi masih perlu diberikan ruang untuk menghadapi wabak ini kerana kesilapan langkah hanya akan mengeruhkan keadaan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan pandangan kerjasama melawan wabak dan komuniti berkongsi nasib pada sidang pleno kedua, sidang ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC yang diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi semalam.

覃淼