Wakil Hubei Tunduk Tanda Penghargaan

2020-05-26 12:37:45  CRI
Share with:

Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari provinsi Hubei, Yu Cheng tunduk seketika sebagai tanda penghargaan, selepas selesai berucap pada sesi perbincangan delegasi tersebut.

Beliau yang merupakan guru di Sekolah Industri Ringan Kedua Wuhan, pernah berkhidmat sebagai sukarelawan untuk menghantar sayur-sayuran kepada penduduk sewaktu COVID-19 menular.

Dalam ucapannya, beliau menceritakan nasib sebuah keluarga yang kesemua empat anggotanya dijangkiti.

Mereka ini pada mula-mulanya tidak dapat diwadkan kerana kekurangan katil, kemudian dibawa ke fasiliti sementara untuk pesakit tidak teruk. Menantu yang keadaannya agak kritikal bagaimanapun dihantar ke unit rawatan rapi (ICU).

Selepas sembuh dan dibenarkan keluar hospital, mereka barulah dapat berkumpul semula.

Dengan tulus ikhlas mereka mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi Jinping dan setiap yang menghulurkan bantuan.

Yu Cheng berkata, beliau diamanatkan penduduk sekampung halaman untuk memberi penghargaan dan tunduk

kepada parti dan negara, serta pelbagai kalangan masyarakat yang telah membantu Wuhan.

高蕾