Kesihatan Awam Jadi Fokus NPC

2020-05-26 14:26:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_sihat


Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China akan memberi tumpuan kepada aspek kesihatan awam ketika menjalankan fungsi legislatifnya pada tahun ini.

Laporan kerja yang diserahkan jawatankuasa tersebut semalam juga menyenaraikan perlindungan hidupan liar, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit, serta respons kecemasan dan biokeselamatan sebagai fokus kerja perundangan NPC.

Pelan kerja bagi 2020 turut membabitkan undang-undang berkaitan perlindungan maklumat peribadi, keselamatan data, kawalan eksport, perlindungan Sungai Yangtze, kemajuan desa, niaga hadapan, pelabuhan perdagangan bebas Hainan, serta bantuan sosial.

Pemindaan undang-undang berhubung paten, pengubahan wang haram, pemilihan dan bendera kebangsaan juga dalam agenda NPC.

曹捷