China Terus Komited Baiki Persekitaran Ekologi

2020-05-26 14:46:32  CRI
Share with:
Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Huang Runqiu petang semalam berkata, pihaknya komited memperkasakan operasi pencegahan dan pengawalan pencemaran serta memfokuskan perlindungan dan pemulihan ekologi.

Beliau yang baru dilantik sebagai jawatan menteri itu mengulas mengenai Pelan Pembangunan Lima Tahun ke-14 menjelaskan pihaknya juga akan meningkatkan taraf pemodenan sistem secara besar-besaran dan pengurusan persekitaran ekologi.
 
Menurutnya, meskipun persekitaran ekologi semakin baik pada masa ini, tetapi sasaran belum tercapai, secara tidak langsung menuntut pihaknya untuk terus komited mengatasi sebarang cabaran dalam membaiki persekitaran ekologi.

Tambah Huang, dua fokus perlu diutamakan dalam operasi membaiki persekitaran ekologi iaitu pengurangan dan pengawalan bahan cemar serta pemperkasaan perlindungan dan pemulihan ekologi, peningkatan penyeliaan, pemeliharaan keselamatan ekologi dan penstrukturan semula industri agar menjadi lebih mesra alam.
徐国玮