Pegawai Kemboja Kritik Main Tuding Jari

2020-05-27 14:14:41  CRI
Share with:

Jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan mengkritik perbuatan menuding jari sewaktu dunia masih bergelut dengan COVID-19.

Beliau menyatakan negara-negara tidak sepatutnya berbuat sedemikian antara satu sama lain, sebaliknya memfokuskan nyawa dan kesihatan rakyat.

Ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua melalui telefon semalam, beliau berujar bahawa China telah bertindak secara terbuka, telus dan bertanggungjawab dalam membendung wabak berkenaan.

Kemboja amat menghargai usaha gigih China, serta bantuan yang dihulurkannya kepada negara lain termasuk Kemboja sendiri. 

Katanya, banyak penyakit berjangkit yang tercetus terlebih dahulu di Amerika Syarikat kemudian merebak ke seluruh dunia, tetapi tiada pula yang mempersalahkan negara itu.

曹捷