China, Myanmar Junjung Komuniti Kongsi Nasib

2020-05-28 13:20:45  CRI
Share with:

Myanmar menaruh perhatian kepada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Meysuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dengan harapan dapat menimba pengalaman China dalam usaha melawan wabak COVID-19.

Ketika wabak berkenaan tercetus di China pada Februari lalu, Myanmar telah menghulurkan 200 tan beras kepada Wuhan.

Menteri Perdagangan Aung Htoo mengumpamakan beras "sumber hidup" bagi rakyat Myanmar. Beliau berharap beras yang dihantar dapat membawa sinar harapan dan kekuatan kepada Wuhan.

Pada akhir Mac, kes positif pertama COVID-19 dikesan di Myanmar. China pula menghantar pasukan perubatan dan membantu membina makmal pemeriksaan.

Penulis terkenal Myanmar, U Hein Latt menganggap ikatan bantu-membantu ini mencerminkan erti sebenar komuniti berkongsi nasib.

Ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Myanmar,
U Win Myint pada 20 Mei, Presiden Xi Jinping berkata China tidak akan menghentikan projek kerjasama kedua-dua pihak, biarpun apa jua kesukaran yang dialami. Kerajaan Myanmar pula menzahirkan hasrat untuk memperhebat interaksi peringkat tinggi serta kerjasama muhibah pasca wabak.

高蕾