Li: Membolehkan Rakyat Nikmati Lebih Limpahan daripada Pertumbuhan Ekonomi

2020-05-28 17:58:50  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_微信图片_20200528175754

 

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) secara rasminya melabuhkan tirainya hari ini.

Perdana Menteri, Li Keqiang dalam sidang media seusai sidang tahunan itu berkata, kerajaan tidak menetapkan indeks peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.
 
Bagaimanapun, kerajaan menggariskan enam objektif termasuk menjamin pekerjaan, kesejahteraan asas rakyat, entiti utama pasaran dan lain-lain.
 
Jelasnya, langkah-langkah itu bagi membolehkan rakyat berkongsi lebih banyak limpahan daripada pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti.

Menurut Li, pandemik COVID-19 menjejaskan ekonomi dunia dengan serius dan China turut tidak terkecuali.
 
Beliau berkata, kerajaan China ingin menstabilkan pekerjaan, menjamin kehidupan rakyat yang seterusnya akan memberi jaminan terhadap daya belanja penduduk.
 
Ujar beliau, secara tidak langsung ia akan mendorong kepada rantaian penggunaan dan pasaran berfungsi secara normal.
 
Kerajaan masih mempunyai banyak dasar boleh diambil seperti kewangan, belanjawan mahupun jaminan sosial.
徐国玮