Li: Tiada Pemenang Jika Ikatan China-AS Terjejas

2020-05-28 19:17:14  CRI
Share with:

Perdana Menteri, Li Keqiang menyatakan jika ikatan dua entiti besar iaitu China dan Amerika Syarikat (AS) terjejas, maka tiada pihak yang akan menang.

Malah katanya, ia juga akan menjejaskan kepentingan pihak ketiga.

Kedua-dua pihak dinasihati menggalakkan pembinaan hubungan dua hala berasaskan prinsip selaras, kerjasama dan kemampanan.

Kedua-dua negara harus bijak meningkatkan kepentingan bersama, mengawal perselisihan, menghormati kepentingan asas dan keperihatinan antara satu sama lain demi situasi menang-menang.

胡星