Aspirasi Rakyat, Tumpuan Xi Jinping

2020-05-28 14:40:43  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping sentiasa menjadikan "aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah" sebagai sasaran kerja parti.

Pada hari pertama sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), beliau bersama-sama dengan wakil NPC dari wilayah Mongolia Dalam membahas laporan kerja kerajaan. Xi Jinping berulang kali membangkitkan soalan, "berapa besar impak wabak COVID-19 terhadap ekonomi?".

Berdepan impak yang serius, Xi menekankan perlunya bergantung rapat pada rakyat, sambil berusaha dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah praktikal yang menjadi perhatian mereka seperti pengambilan kerja, pendidikan, jaminan sosial, perubatan dan jagaan warga emas. Ini bagi memastikan seluruh rakyat dapat benar-benar menikmati faedahnya.

Semasa merancang pembangunan negara, Xi juga amat prihatin akan pembangunan syarikat swasta. Beliau menggalakkan syarikat swasta yang telah menyumbang kepada sosialisme bercirikan China terus berjuang dan mengatasi kesukaran dalam pembangunan masing-masing.

Pada tahun ini, China akan giat mendorong pemodenan pertanian. Xi menyatakan perlunya menghulurkan tangan membantu kepada para petani supaya mereka juga dapat menikmati kesenangan bersama-sama penduduk bandar.

Walaupun agenda sidang NPC tahun ini dipendekkan disebabkan wabak COVID-19, namun Xi Jinping khusus mengesyorkan sesi pertemuan dengan delegasi dari Hubei diatur.

Nasib 60 juta tenaga kerja di Hubei menjadi fokus perbincangan dengan wakil NPC dari provinsi tersebut. Xi menggesa pakej sokongan kerajaan pusat dilaksanakan sepenuhnya, di samping menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat Hubei menyemarakkan semangat tekun bekerja.

曹捷