Thailand Akan Batal Larangan Perniagaan

2020-05-29 13:02:07  CRI
Share with:
Kerajaan Thailand akan membatalkan kesemua larangan membabitkan kegiatan perniagaan, yang sebelum ini dilaksanakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Menurut pengumuman yang dibuat ketua setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Somsak Roongsita di Bangkok semalam, larangan berkenaan akan ditarik balik pada 1 Julai.

Ini juga bermakna aktiviti pelancongan antara provinsi dan negara akan dibuka semula.

Bagaimanapun, rakyat diminta memberi kerjasama dengan sepenuhnya, termasuk memakai penutup hidung dan mulut, membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

 

高蕾