China Bertekad Pelihara Hong Kong Tanpa Peduli Campur Tangan

2020-05-30 14:20:48  CRI
Share with:

Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada petang kelmarin meluluskan draf resolusi berhubung pembentukan sistem undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan keselamatan negara di Hong Kong melalui pengundian para wakil NPC termasuk 36 wakil dari Hong Kong.

Namun, empat negara iaitu Britain, Amerika Syarikat(AS), Kanada dan Australia mengeluarkan lagi kenyataan melibat Hong Kong pada hari yang sama. Sebelum ini, Britain, Kanada dan Australia telah pun mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan dalaman China pada 22 Mei lalu. 


Beberapa negara yang diketuai AS dan Britain beranggapan bahawa melalui tindakan kolektif, mereka boleh menakutkan China sekali gus meningkatkan kemunasabahan campur tangan dalam urusan dalaman China. Maka, mereka asyik menyebar maklumat palsu di ruang pendapat antarabangsa untuk memfitnah "satu negara dua sistem" dan undang-undang keselamatan negara China. 


图片默认标题

Keseluruhan Undang-undang Asas Hong Kong versi bahasa Mandarin dan Inggeris boleh dibaca melalui laman sesawang kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Baru-baru ini, kolumnis Britain, Tom Fowdy dalam akaun media sosialnya telah meletakkan salah satu fasal Undang-undang Asas Hong Kong di tempat utama, iaitu fasal ke-18 bab kedua undang-undang itu yang menegaskan bahawa 'jika situasi rantau ini cemas sehingga mengancam penyatuan atau keselamatan negara, dan tidak dapat terkawal kerajaan tempatan, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China berhak menggubal undang-undang yang menyasarkan Hong Kong'.
 

图片默认标题

Ketika membicarakan politikus Britain berkenaan yang mencampur tangan urusan China dengan sewenang-wenangnya, Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming melalui media sosialnya menyatakan, Hong Kong yang stabil dan makmur selaras dengan kepentingan China dan juga Britain. Britain seharusnya menghormati kepentingan teras China, menghentikan campur tangan dalam urusan Hong Kong, dan mengambil langkah yang berfaedah kepada kestabilan dan kemakmuran Hong Kong. 

曹捷