34,884 Kes COVID-19 di Singapura

2020-06-01 12:43:14  CRI
Share with:

Sebanyak 518 lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 34,884. Daripadanya, 21,699 telah sembuh manakala 23 maut.


Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, kebanyakan kes baharu yang dikenal pasti membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama, selain 2 yang merupakan penduduk tempatan.

99% kes baharu tersebut ada kaitan dengan kes jangkitan yang sudah dikenal pasti dahulu.

Pada masa ini, seramai 321 orang sedang dirawat di hospital, manakala 12,841 orang diasingkan di komuniti perumahan.

覃淼